About Me

My photo
johor bahru, kangkar pulai, Malaysia
di lahirkan di johor bahru.menetap di taman desa permai.. kini belajar di puchong,selangor

Friday, August 17, 2012

Hanya aku cinta kau seorang (dienurul)



Betul kata orang tua yang cinta itu buta,
Ia tidak mengenal paras rupa mahu pun usia.
Jika ianya hadir tiada sesiapa yang boleh menolak.
Kita hanya merancang dan tuhan akan tentukan segalanya.
JODOHKAN DI TANGAN TUHAN..

Pada mula aku mengenal sidia memang aku tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap dia,
setelah hati aku di lukai oleh kekasih lama, aku mula berkawan rapat dengan si dia,
hati ku mula tertarik dengan karenah dia yang manja, suka bergurau, penyayang, pandai mengambil hati dan pelbagai lagi,

Pertama kali aku berjumpa dengan si dia semasa aku menjadi artis budaya di sebuah kelab tarian,
dan dia belajar di kelab tarian itu. Aku ni memang suka menyakat orang dan kawan2 ku kata aku ni bergurau kasar, aku ni suka bergurau dengan si dia. Dan ade satu hari ni aku bergurau dengan dia dan aku tidak menyangka yang gurauan aku agak kasar pada masa tu sehinggakan si dia boleh menangis depan aku. Masa itu rasa kesian pun ada gak.
Aku pun sempat memainta maaf. Aku tak sedar yang masa itu aku bergurau dengan si dia agak kasar.

Di pendek kan cerita (sebab aku pun tak ingat cerita lama tu..)heheheh
Aku mula rapat dengan si dia ni mase tu kelab kat universit dia ada membuat bengkel zapin tenglu kat studio Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor.
Aku salah seorang tenaga pengajar kat situ masa bengkel tu diaorang di bahagikan kepada dua kumpulan.. malang nye aku mengajar kumpulan yang satu lagi, buaknnya kumpulan dia.
Selepas hari kejadian aku mula larh berkawan rapat dengan dia setelah beberapa bulan aku berkawan rapat dengan dia perasaan aku terhaap dia semakin berubah.
macam ade perasaan sayang terhadap dia, aku punx tahu kenapa perasaan itu datang.
masa tu pun dia tidak tahu yang aku dah mula sayang kat dia, aku pun tidak mahu mamberitahunya. Semasa aku dan dia cuti semesta jurulatih aku telah memanggil aku dan dia untuk membuat persembahan ada satu part tu aku kene menari dengan dia.
Aku menari dengan dia pun x boleh focus.
dari peristiwa itu aku mula rapat dengan dia sehinggakan aku berterus rterang dengan dia yang aku suka kat dia dan aku nak jadikan dye sebagai kekasih aku..
padamulanya dia macam tak boleh percaya dengan apa yang aku katakan sedangkan aku sudah meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku selama ini,
namun dia tidak mahu memberi jawapan dan meminta sedikit masa untuk berfiki lalu dia menetapkan tarikh untuk dia memberijawapan sama ada dia sudi menjadi kekasih aku atau pun tidak. Pada 25-05-2012 betul-betul pada tarikh lahir aku. Dia telah menyampaikan berita yang baik kepada aku. Yamg dia sudi meneriam aku dalam hidup dia sebagai kekasih.
Pada ketika itu pula akuberada di kuala lumpur untuk mengikuti program hari keluarga.
Masa ttu hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku, apa yang aku hajati telah tercapai.

Untuk pertama kalinya aku keluar berdua-duaan dengan di di IOI Mall,kulaijaya.
Masa tu memang planning nak pergi tengok wayang kena pula cerita AKU ADA,KAU ADA???


Sebelum dia balik ke UiTM dia ada ajak aku keluar pergi Hutan Bandar Kulaijaya.
Sebelum gi Hutan Bandar dye nak gi IOI Mall dulu sebab nak beli barang.
Aku poun cakap nnty aku amek dia kat IOI Mall, bila aku dan dia tiba di IOI Mall tiba2 hujan turun dengan lebatnya..
Kami pun tukar cadangan pada mulanya Cuma nak jalan-jalan je kat IOI tu..
Pastu lalu depan wayang aku ajak dia tengok wayang..
Lepas dari beli tiket kami pun jalan-jalan. Pastu pergi minum..
Tiba2 teringat yang wayang tu sejuk, aku pun x bawak sweter
Bila dah masuk wayang aku kesian pulak kat dia sebab dia kesejukan.. dah lah hari hujan. Nak peluk takot orang nampak.. hehehe
Aku ajak dye keluar awal sebab aku kesian kat dye.. tapi dye tak nak pulak…
Pas abis je cerita tu aku teman dia pegi beli barang dia dan aku hantar dia balik rumah sebab dye ade kelas Fardu Ain kat surau depan rumah dia.